Tuesday, December 29, 2009

1Malaysia

Ini merupakan satu perspektif kepada konsep 1Malaysia. Terharu kerana pemimpin negara menggerakkan idea untuk mempelajari konsep 1Malaysia dari Sabah dan Sarawak. Sinikal jugak bagaimana orang barat dapat belajar dari timur, selepas melalui beberapa pengalaman tersendiri dan pengalaman orang-orang tua serta rakan-rakan yang pernah bercampur gaul dengan orang barat ini; dari "kecik" bermula dibangku sekolah sehingga sekarang.

Berkenaan Sabah, saya tidak tahu sangat pengalaman mereka. Tetapi cerita berkenaan Sarawak memang menjelikkan.

Pada asasnya, Sarawak dianggap mundur. Sesiapa yang diminta untuk bertugas ke Sarawak, memang akan keberatan.

Antara statement yang pernah didengar ialah;



 "Orang Sarawak pakai cawat ke?"
Statement ini pernah diceritakan oleh orang-orang tua yang melanjutkan pelajaran ke UM dalam tahun sekitar 90an. Mana yang baik, akan diterangkan dengan sebetul betulnya. Mana yang sarcastic, orang kena soal tersebut akan menjawab yang orang Sarawak hanya akan memakai pakaian ala lengkap menutup aurat sekiranya handak pergi ke KL. Sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kita akan bertukar memakai cawat.

"Orang Sarawak tinggal atas pokok ker?
Statement "katak bawah tempurung" ini pun timbul dalam pernah timbul sewaktu tahun sekitar 80-90an. Mengejutkan, soalan ini pernah ditanya lewat 90an. Ada misi pernah menjawab seorang doktor tersebut yang bertanya di satu konvension perubatan yang diadakan di KL, "Ya, orang Sarawak tinggal di atas pokok dan untuk pergi ke rumah orang lain, kita akan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain. Kita tak pakai jalanraya". Terus misi itu berjalan meninggalkan doktor tersebut.

Pada masa zaman Rajah Brooke dahulu, memang amalan memburu kepala berleluasa di kalangan Iban. Pernah ibu kepada seorang bakal guru yang akan bertugas ke Sarawak bertanya, "Jauh kah Engkelili itu?" atau, "jauhkah Kota Samarahan, Sarikei, Sibu dan sebagainya?" kemudian soalan seterusnya, "kawasan itu banyak Iban kan?". Kemudian statement seterusnya, "takut jugak, ya lah takut kena potong kepala macam cerita cerita dahulu." Itu dulu lah makcik. Zaman sekarang mana ada lagi.

Keberanian iban inilah yang menjadi kekuatan semasa menentang British, Jepun, Komunis kemudian konfrontasi Indonesia di bumi Sarawak suatu ketika dahulu. Justeru, nama Kanang anak Langkau tentu dikenali ramai. Kalau tak tahu jugak...tak tau lah.

"Sarawak ada lembu ke?"
Ini statement yang lawak. Ada kawan menjawab, "Tak, Sarawak mana ada lembu, sapi adalah". Untuk informasi, selalunya orang Sarawak menggelar lembu sebagai sapi.

Seorang pakcik kepada kenalan yang berkursus di Langkawi kena berhadapan dengan spesis manusia barat ini. Ketika ada saja spesis ini di sekitar pakcik ni, ada saja benda yang diperkatakan yang memandang rendah Sarawak. Sampai satu ketika, spesis ini berkata Sarawak tak ada makanan sesedap ini (waktu itu udang dihidangkan di meja makan). Pakcik itu pun berdiri, "Di Sarawak, mana ada orang makan udang jenis ini, kalau saiz macam ini, kita bagi kucing jer makan, kita makan udang galah saja." Bila di periksa balik, spesis barat itu tidak pernah ke Sarawak langsung.

Seorang doktor pula akan ditugaskan ke Sibu, Sarawak. Dia bertanya kepada misi yang berasal dari Sarawak. "Perlu tak saya membawa kereta saya ke Sibu nanti?  Takut tak pakai kerana jalan buruk". Soalan ini timbul pada penghujung dekad 90an. Misi itu pun jawab supaya jangan bawak kerana jalan buruk, mengesahkan lagi sangkaan doktor tersebut. Bila doktor tersebut sampai ke Sibu, memang sangkaan beliau meleset.

Pernah suatu ketika melalui sebuah jalan di KL. Kebetulan seorang jaga bertugas di hadapan sebuah bank harimau. Dia tengah mengadu sesuatu dengan kawan-kawannya. "Apa dia ingat saya bodoh ka, macam orang Sabah ka, Sarawak ka, boleh la dia orang kena tipu." Aduhs... masih jelas terngiang.

Seorang rakan sekelas berbangsa cina yang pernah belajar di sebuah universiti tersohor di SM bergaul dengan rakan-rakan melayu Sarawak di kafeteria. Malah bermain bola pun sama kerana kawan ini memang minat bola. Jadi, bila dia bergaul dengan rakan rakan cina barat, mereka bertanya "why do you mix with the malays?". Tergamam kawan, seolah olah pergaulan itu terlarang.

Kawan ini pun dan kawan kawan yang lain yang belajar di menara gading sohor di barat pun menyatakan perkara sama, kaum cina, melayu dan india berpuak puak dan tak bergaul sangat. Memang beza dengan masa sekolah, bila kita kena bergaul dengan berbelas-belas etnik lain dalam sekolah yang sama - melayu, cina, iban, bidayuh, kenyah, india, penan, melanau. Kadang-kadang bergaduh pun dalam satu geng ada cina, iban, melayu. Geng yang satu lagi pun sama campuran nya. Terdapat 28 etnik di Sarawak. Semuanya berbahasa ibunda sendiri. Jadi kalau kita nak tanya "bagaimana orang sarawak berkata ini dan itu?" First of all, which language are you referring to? Sarawak malay? iban? bidayuh? Melanau? Cina hokkien Sarawak pun mempunyai dialek yang sedikit berbeza dengan Cina Hokkien Penang dan Kelantan.

Itulah, kadang-kadang terfikir juga bagaimana semangat 1Malaysia ini dapat dipelajari dari negeri-negeri Borneo ini. Padahal, ada yang sudah berfikiran serong dengan apa yang ada di negeri-negeri Borneo tersebut. Bukan semua, tapi kebanyakan. Bagi yang tak sehaluan dengan 1Malaysia ini, tak apa. Asasnya tetap sama, masih lagi Malaya vs Borneo. Ingat tak isu cawat yang ditimbulkan baru-baru ini? Apa pula kaitan cawat dengan undi? Saya harap keindahan Islam tidak disalahertikan oleh mereka yang baru hendak mengenali Islam. Ada saudara Iban Islam yang akan tersinggung kerana masih mempunyai keluarga yang bukan Islam. Malah, the whole Sarawak akan tersinggung.

Sedih lah sekiranya orang masih melihat negeri negeri borneo ini seperti di atas. Apa apa pun, setiap tempat di dunia memang mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini namanya kepelbagaian. Kepelbagaian itu seharusnya dipelajari bukan dipandang hina. Hanya dengan keterbukaan minda, baru kita pelajari dan menerima benda benda baru.







No comments: