Tuesday, March 15, 2011

Elakkan 3, 6 dan 7

Plastik merupakan bahan yang sangat biasa digunakan sebagai bahan pelapik makanan atau bekas makanan sehari hari. Penggunaan plastik boleh membawa mudarat sama ada kepada diri kita sendiri atau kepada persekitaran. Plastik merupakan bahan yang tidak mudah urai. Proses penguraian beg plastik umpamanya memerlukan 1000 tahun . Untuk itu, langkah mengurangkan penggunaan plastik pada setiap hari Sabtu dan promosi berterusan mengitar semua barangan terpakai adalah langkah yang baik.

Bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan makanan hendaklah dipilih daripada bahan yang sesuai dan selamat. Pernahkah kita melihat nombor dalam segitiga yang terdapat pada bekas bekas plastik, sama ada pada botol air minuman, bekas mentega dan sebagainya? Setiap numbor tersebut merujuk kepada jenis polimer yang digunakan untuk membuat bekas plastik tersebut. Setiap polimer ini akan mempunyai sifat yang tersendiri. Sifat ini akan membantu kita memilih jenis plastik sebagai bekas makanan yang selamat.

Sumber gambar: http://www.oureverydayearth.com/
Nombor dalam bentuk segitiga tersebut tidak merujuk kepada kekerasan bekas plastik tersebut. Malah, nombor tersebut tidak juga merujuk kepada bilangan kali bekas plastik tersebut dikitar semula.

Berikut disenaraikan maksud nombor dalam segitiga yang diletakkan di bahagian bawah bekas plastik dengan maksudnya. Tahap keselamatan juga turut disertakan. Asasnya, terdapat 7 jenis polimer yang digunakan untuk membuat bekas plastik.

[1] PET atau PETE: polyethylene terephthalate - selamat
Polimer ini bersifat jernih dan digunakan  untuk membuat bekas minuman ringan, air mineral dan jus dalam botol. Bahan ini mudah untuk dikitar semula, tidak luluh atau tidak mengeluarkan bahan kimia yang merbahaya. Plastik ini diterima pakai untuk dikitar semula dalam kebanyakan program kitars semula. Fiber yang dihasilkan dari PET ini dipanggil polyester. 

[2] HDPE: polyethylene beketumpatan tinggi -  selamat
Polimer ini bersifat lut cahaya dan digunakan untuk membuat bekas susu, bekas pencuci pakaian atau 'kloroks' dan bekas shampu. Malah digunakan dalam pembuatan paip, besen dan tong sampah. HDPE ini tidak luluh dan mudah untuk dikitar semula.

[3] PVC: Vinyl or polyvinyl chloride -  tidak selamat
Polimer ini digunakan untuk membuat batang paip PVC, plastik pembalut (cling wraps), kebanyakan alat mainan, aksesori fesyen langsir bilik mandi, bekas pencuci dan bekas penyembur. PVC boleh meluluhkan phthalates ke dalam bahan yang dikandung dan dibebaskan sebagai gas. Lebih teruk, PVC tidak boleh dikitar semula.

[4] LDPE: polyethylene berketumpatan rendah - selamat
LDPE digunakan untuk membuat beg plastik, pembalut makanan lutsinar, botol susu dan beberapa bekas makanan. Polimer ini tidak luluh dan mudah dikitar semula.

[5] PP: polypropylene - selamat
polimer ini digunakan unutk membuat botol susu, bekas makanan segera dan kebanyakan bekas makanan guna semula seperti tupperware. Polimer ini agak selamat dan tidak luluh. Kitar semula adalah mudah.

[6] polystyrene - tidak selamat
Polimer ini sangat biasa digunakan untuk membungkus makanan dan alat sudu garpu plastik. Mungkin ada di antara kita yang menggunakan polystyrene untuk membungkus makanan tegahari kita sehari hari. Sekarang kita mempunyai sebab untuk berhenti menggunakan polystyrene tersebut. Polystyrene boleh meluluhkan styrene, dan mencemarkan makanan yang dikandungnya. Styrene adalah sejenis neurotoxin dan agen penyebab kanser. Polystyrene telah diharamkan penggunaannya di beberapa buah negara maju seperti di Portland, dan San Francisco.

Salah satu program yang dijalankan di USM unutk mengurangkan penggunaan Polystyrene.
(sumber: http://thewhitecoffin.usm.my/about%20us.html)

[7] Lain lain -  tidak selamat
Ini merujuk kepada plastik yang diperbuat dari polimer selain yang dinyatakan di atas. Nombor 7 ini juga merujuk kepada plastik yang diperbuat daripada kombinasi 2 atau lebih polimer. Contoh polimer yang tergolong dalam kod nombor 7 ini adalah acrylic, acrylonitrile, butadiene, styrene, fiberglass, nylon, dan asid polylactic.  

Polycarbonate atau PC merupakan contoh polimer yang diberikan nombor kod 7 ini. PC ini digunakan secara meluas untuk membuat bekas gelen air dan botol susu. Malangnya, PC boleh meluluhkan bisphenol A seterusnya mencemarkan air minuman dalam bekas tersebut. Bisphenol A ini merupakan bahan tambahan dalam PC untuk memberikan "kejernihan" dan kekerasan pada bekas PC tersebut. BPA ini turut boleh dijumpai dalam bekas makanan bertin dan bekas minuman keras.

BPA adalah bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen. Banyak kajian haiwan menunjukkan kesan buruk terhadap organ reproduktif, sistem saraf dan perkembangan sikap. Selain itu, terdapat kebimbangan terhadap risiko kanser apabila terdedah kepada BPA yang tinggi. Kajian risiko kanser di US NAtional Toxicology Program menunjukkan peningkatan risiko leukemia dan kanser testis pada tikus yang dujikaji. Namun, penemuan ini masih tidak dianggap meyakinkan. BPA turut boleh berpindah daripada ibu kepada kandungan dan kepada susu badan.

Ada di antara polimer yang dikumpulkan bersama sama dalam kumpulan 7 ini selamat digunakan. Namun kita tidak mengetahui sekiranya bekas plastik tersebut diperbuat daripada polimer yang selamat atau tidak, contohnya polycarbonate yang mengandungi BPA.

Dengan itu, eloklah sekiranya kira membuat pilihan yang bijak dari sekarang dan elakkan menggunkan plastik yang berkod 3, 6 dan 7.

Sumber:
http://planetgreen.discovery.com/
http://thewhitecoffin.usm.my/about%20us.html
http://www.who.int/en/
http://en.wikipedia.org/wiki/Resin_identification_code
 
 


No comments: