Friday, January 15, 2010

Takwa-o-meter



  Malah, di Indonesia, kubur umat Islam dan Kristian disatukan dalam satu kawasan. "Tidak ada perbedaan agama" kata pemandu pelancong Indonesia itu. (Gambar: chain email)




Nukilan ini bukanlah akademik atau bersifat religious authority. Hanya sekadar nukilan.


Malaysia heboh dengan serangan ke atas beberapa gereja dalam seminggu dua yang lalu. Memang satu tindakan yang tidak menunjukkan toleransi umat Islam yang sebenarnya. Dalam pendapat yang lain, kelakuan ini akan memburukkan imej Islam yang kita cintai. Maka, kemungkinan  ada orang yang berniat untuk mendekati Islam akan terbantut.


Mungkin juga tidak semua. Malah, mungkin ada yang bukan Islam akan mula mengkaji dan mendalami apakah itu Islam. Mereka mungkin menemui jawapannya semasa perbandingan dibuat (comparative study). Jika terbuka hati mereka, dan diberi hidayah oleh Allah, maka akan memeluk Islamlah mereka.
                                
Adakah kita tidak yakin dengan kekuatan agama kita sehingga kita khuatir kalimah Allah ini digunakan dalam terbitan bukan Islam? Ketidakyakinan ini akan membuahkan inferiority complex. Inferiority complex akan melahirkan tindak balas yang tidak matang. Sekiranya demikian, kita perlu usahakan lagi langkah untuk  mengenali Allah SWT dan menambah iman ke dalam sanubari kita sendiri. Jangan kerana kita bergelar umat Islam, kita berada dalam comfort zone dan alpa daripada mengkaji lebih jauh Islam itu sendiri. Malah, kita perlu semakin mencari demi mengukuhkan kepercayaan kita kepada Allah yang satu, yang tidak beranak dan diperanakkan.





Yang mana pegangan anda?

Sekiranya kita khuatir anak-anak kita dari terjebak membaca terbitan-terbitan bukan Islam yang mungkin menggoyahkan akidah mereka atau muallaf yang baru dari dipukul-uji keimanan mereka atau orang yang belum Islam yang baru nak berjinak jinak mengenali Islam, maka jangan. Dakwah sesama Islam adalah lebih prioriti. Ingat-mengingatilah dari kealpaan. Suburkanlah budaya menegur secara hemah kerana Allah SWT. Ilmu yang tinggi dikalangan umat Islam akan menambahkan lagi keyakinan kita dengan Islam.  Kadang-kadang terfikir juga, adakah kita berasa khuatir kerana kita sendiri yang kurang memberi perhatian kepada anak-anak kita untuk mempelajari ilmu keagamaan? 







Apa yang berlaku mutakhir ini menjadi pengukur kepada keyakinan umat Islam keseluruhannya. Tahap pegangan kita secara umat turut teruji, bukan sahaja secara individu. Jika kita yakin dengan moral Islam anak anak kita sendiri, maka teguhlah ukhwah umat itu. Jika kita masih melihat bayi dibuang merata-rata, masih melihat remaja yang pada IC tertera agama Islam terjebak dengan dadah, arak, gam dan sebagainya, perlukah kita takut dengan niat menggunakan kalimah Allah dalam terbitan bukan Islam?  


Anda fikirkan.


Ketakutan dan kekhuatiran kita kepada penggunaan kalimah Allah dalam terbitan bukan Islam adalah proksi kepada keyakinan kita kepada pegangan agama kita. Semakin lemah pegangan itu, maka semakin gerunlah kita.


Sekiranya mereka fikir Allah yang disembah itu sama dikalangan kita, itu adalah satu umpan untuk mereka. sendiri untuk umatnya Satu titik permulaan untuk orang bukan Islam untuk mengenali Islam. Pada masa itulah, peranan kita bermula untuk membajai minda mereka yang dahagakan maklumat tentang Islam yang suci. Janganlah pula merosakkan agama kita sendiri dengan merosakkan agama orang lain. 


Pada masa itulah juga kita perlu membezakan agama Islam yang diredhai Allah SWT daripada agama yang lain. Allah yang kita sembah itu menuntut kita bersolat 5 kali sehari. Itulah tiang, itulah perbezaan utama yang membezakan dan menjadikan kita umat terpilih dari yang lain.


Kita tak perlukan mahkamah dunia untuk melayakkan kita kepada Tuhan kita. Mahkamah yang lebih adil menanti kita di sana kelak.



Hanya kita sendiri yang tidak meletakkan kita sendiri di tempat orang yang terpilih.


(Here is an interesting read, minus the vulgarities)










No comments: