Friday, January 01, 2010

Kedai Makan Kak Na

Kelantan memang terkenal dengan nama nama kedai yang bersifat "ownership" seperti Kak Na, Kak Wook, Kak Mar, Kak Yah, Abe Li dan sebagainya. Sekiranya terdapat dua nama yang sama, maka nama tempat akan digunakan contohnya Kak Na Pangkal Meleret, Kak Na Bukit Tiu.

Saya berpeluang merasa makanan tempatan di Gerai Kak Na yang terletak di hadapan Sekolah Menengah Hamzah, di jalan Grik-Pasir Puteh. Koordinat GPS: E 102.246552 N 5.764508.

ScreenHunter_01 Dec. 31 13.52


Kedai tersebut kelihatan santai, seperti kedai warong dalam cerita pendekar melayu.

P1020368prs

Apabila diperhatikan harga pada menu yang terpampang, harganya sudah mula nak mencabar harga makanan di KL. Mungkin saya silap.

P1020377prs


Jamuan tersebut bersempena dengan kenaikan pangkat seorang staf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selama ini. Satu hadiah penghijrahan yang bermakna baginya. Satu pengiktirafan yang turut membawa cabaran yang baru dalam memastikan kesihatan rakyat sentiasa terjaga. Bak kata watak Spiderman, "with power, comes greater responsibility".

P1020378prs


Seramai 10 orang telah dijemput. Peluang untuk mengenali dan beramah mesra staf tidak dilepaskan. Makanan memang sedap. Tom yamnya cukup berbisa. Ikan goreng berempahnya cukup ummph, dan sayur kailan ikan masinnya mantap dengan masin yang tidak berapa masin tetapi sayur yang masih rangup.

Foodprs


Dengan ringkasnya, Kak Nah memang pencabar yang hebat jika Iron Chef peringkat Machang diadakan.

Saya akan memberikan gred 4/5 dari segi rasa dan "kekemasan perut" lepas makan. Dari segi kebersihan pula, memang masih banyak boleh dipertingkatkan lagi. Hairan juga bagaimana staf kesihatan yang sibuk mendidik pengendali makanan tentang kebersihan boleh memilih untuk makan di kedai sedemikian. Sama seperti doktor yang merokok tetapi terus juga menasihati pesakitnya supaya berhenti merokok.

Suasana tengahari yang panas yang disejukkan dengan ladang getah disekeliling jalan bertambah sejuk dengan air teh limau ais yang memang ala Kelate (manis!).

Rata-ratanya, terdapat 2 set makanan seperti dalam gambar di atas.

Harganya? Nah, amik kau.

P1020383prs


Berbaloikah?



No comments: