Kenapa mengeluh?
Kita mudah mengeluh. Secara diam atau secara terangan.
Adakah kerana kita tidak tahu? Kalau begitu, carilah jawapannya.
Adakah kita berasa cabaran yang besar untuk melakukan sesuatu kerja itu? Kalau kerja yang baik, buatlah, kerana ganjaran yang baik mungkin menunggu kita di hujung kerja itu nanti.
Kalau tidak, anggaplah kerja itu sebagai sedekah. Mungkin kerja iu menguntungkan orang lain. Mungkin kerja itu memudahkan orang lain. Mungkin kerja itu menyelamatkan orang lain. Kalau tidak dibalas sekarang, Allah akan membalasnya kelak. Ganjarannya besar di akhirat.
Tidak mungkin kita akan mengeluh di atas kerja yang kita tahu jahat secara sedarnya dan sedap dilakukan.
Adakah kerja itu membebankan? Mungkin. Ingat, bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemudian. Fail to plan is planning to fail. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek tanpa melalui kotoran debu dan tanah. Memenangi loteri bukanlah kejayaan. Mungkin ada yang berkata rezeki, tetapi kita mahu rezeki yang halal dan diredhai. Ada yang diberi dugaan dahulu kemudian merasai manisnya. Ada yang diberi manis dahulu kemudian barulah cabarannya datang. Ada yang manis selalu, dan manis itu pun sesuatu cabaran. Terpulang kepada kita untuk mensyukurinya.
Tetapi, mengapa saya mengeluh sedangkan dia tidak, padahal kerja ini baik walaupun membebankan? Kalau begitu, mungkin kerja itu minat dia. Minat akan menghilangkan rasa letih dan bosan. Kalau begitu, carilah minat kita. Hilanglah letih, hilanglah keluhan.
Saya tetap nak mengeluh. Biarlah. Asal jangan dikeluh keluhan itu di hadapan orang. Terutamanya yang meminta bantuan. Bersabarlah menahan rasa hendak mengeluh. Kerana keluhan itu akan membunuh semangat kawan kita tadi. Kalau yang bertanya itu orang tua? Tentu sudah terguris hatinya. 'Atid akan sibuk mencatat. Kalau yang bertanya itu ibu dan ayah kita, ingatlah cerita Alqamah. Kalau tak tahu, katakan tak tahu. Kalau sibuk, katakan sibuk. Kawan tentu paham.
Sekadar menukil. Banyak ayat dari Al Quran yang merujuk tentang ini.
Wasalam..

3 comments:
Kenapa mengeluh?
Mengeluh melihat kesengsaraan?
Mengeluh melihat kedurjanaan?
Mengeluh melihat keruntuhan akhlak?
Mengeluh melihat kemaksiatan?
Jangan mengeluh dengan kerja, redhalah dengan ketentuanNya ke atas kita.
aikssss, mcm perli entry saya jerkkkk..... bukan mengeluh tapi luahan perasaan...hahahaahahah
disclaimer: artikel di atas tiada kaitan dgn blog yg hidup atau yg dah mati. Apa yg berlaku adalah kebetulan dan tidak disngajakan. he he he.
Post a Comment