Solat tarawih akan dimulakan sebentar lagi. Di sebelahku, masih lagi kosong. Tidak adakah yang akan mengisi ruang yang masih kosong itu nanti?
"Adik, adik marilah ke depan di sebelah kakak ya.." Adik itu mengangguk seraya maju ke depan menutup saf yang masih tak sempurna itu. Mungkin adik itu masih dalam lingkungan 8 tahun.
Setelah selesai solat tarawih, tiba tiba, "Cik, cik ini anak cik ke?" huh, besarnya suara dia. 2,3 org jemaah yang sedang mengemas telekung sudah mula berpaling melihat apa yang sedang berlaku.
"bukan, dia bukan anak sa..."
"Dia ni belum baligh lagi. Lain kali jangan suruh dia solat di depan, nanti setan masih lagi boleh melalui dan menembusi saf!"
Panas rasa telinga saya. Jemaah yang melihat tadi, dari 2,3 org sekarang dah satu saf mula menjenguk apa yang sedang berlaku.
Wanita tadi, mungkin dalam lingkungan 50 tahun, dah pun beredar, dengan langkah pantas.
Kepala otakku sedang berfikir ligat. Berdesing mahunya telinga ini. Astaghrafirullah. Takkan baru solat berjamaah tarawih di bulan yng mulia ini, dah nak naik geledak lava gunung berapi aku? Betul ke orang ni?
Ku lihat wajah adik tadi. Masih lagi berdiri kukuh disebelah aku. Mukanya berubah. Matanya tunduk ke bawah. Merah. Nak menangis tetapi, masih dapat ditahan lagi.
"Tak apa dik, sabar..." Adik itu mengangguk kecil saja. Mahu saja dalam hatinya memarahi aku kerana menyuruhnya berpindah ke depan. Ku lihat wajah ibunya, turut berubah, tapi tak terkata sepatah pun...
Salahkah aku meminta adik itu ke depan untuk penuhi saf? Bukannya dia hendak bermain.
Salahkah aku hendak melatih adik itu untuk mengenali Tuhan?
Adakah saf depan hanya untuk orang dewasa sahaja?
Bilakah kita patut menggalak? Bilakah kita patut menegah?
No comments:
Post a Comment